PUO - Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)

Assalamualaikum. NQI kembali lagi dgn cerita Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian). . . Bukannya apa tapi bnyak sangat yg bertanya kat blog dan facebook. Kadang2 tu soalan nya sama jer. Buat entry nie bukan sb malas nak tanya persoalan korang. Cuma mungkin ada yg ingin tanya benda sama atau akan dtg student yg dapat kos nie. So,boleh bace dulu but if ada yg tak faham dan musykil blh contact di fb yer -->Nor Quraishia . Korang boleh trus inbox and tnye pasal kos nie sbb kadang2 jarang approve request nie. Just inbox and akan diapprove. 

Senarai subjek kos Rangkaian
  • Korang boleh lihat SINI . . . NQI dah share subjek untuk kos ini. . . Tapi mungkin ada perubahan sikit pada masa akan datang. Mungkin ada subjek yg dimansuhkan atau ditambahkan. Lebih kurang begitulah subjek untuk kos ini. 
Beza Diploma Teknologi Maklumat Rangkaian Dengan Pengaturcaraan
  • Rangkaian atau dalam bahasa org putehnya 'Networking' lebih kepada internet, ip address, sambungan antara dua buah komputer atau lebih dan sebagainya. Untuk lebih lanjut blh search la yer. 
  • Pengaturcaraan atau dalam bahasa org putehnya 'Programming' lebih kepada coding atau arahan kpd komputer untuk kita hasilkan program komputer.
Apa Syarat Untuk Mohon Kos Rangkaian 
  • Mohon maaf yer sebab NQI tak tahu apa syarat nak mohon kos ini. Tapi NQI boleh ckp even korang takde basic IT mase SPM pun layak untuk kos ini sbb NQI pun takde basic IT. Dan NQI ada 7 kredit dan layak dapat kos ini. Try jer mohon insyaAllah ada rezeki dapat laa. Tak dapat jgn down plak. Mungkin rezeki kat tempat lain  :)
Course Ini Pakai Add Math Tak ?
  • Untuk pengetahuan awak memang IT akan blajar add math. Tapi bukan add math macam dekat skolah. Just basic jer ada la beberapa subject yg blaja kat sekolah tu dia pakai. But,trust me if korang punya add math kat skolah tak bgus atau fail jgn takut sbb sampai sane nanti korang mesti cakap 'Senang je rupanya add math nie. Apasal kat skolah dulu aku tak reti buat'. HAHAHA. Percayalah senang jer. Itu pun kalau korang dapat lecturer yg pndai ngajar and korang tak ponteng lah kan. Kalau ponteng kirim salam awal2 korang mmg akan blur.
Peluang Pekerjaan. ? 
  • NQI tak pasti dengan peluang pekerjaan. Tapi cuba korang fikir masa sekarang pun mcm2 teknologi ada. So,masa akan datang lagi bertambah teknologi. Cuma dapat dgn tak je masalah nya. Kalau dah rezeki ada lah kerja. Tapi ramai yang belajar IT so saingan tu yang banyak. Kalau tak pun korang boleh cari modal sendiri bukak kedai komputer sendiri. Boleh buat bisnes ape kan. ?  So,jgn risau laa dgn peluang pekerjaan insyaAllah ada rezeki. Kalau bukan dlam bidang nie pun rezeki tu tetap ada.
Bayaran Untuk Daftar Kos Ini
  • Ini khas untuk student yg dapat tawaran PUO SAHAJA. Yang lain2 NQI tak tahu oke. Maaf yer. NQI tak pasti berapa harga nak dibayar ke PUO nie. Yer lah kan sekarang macam2 dah naik tak mustahil daftar masuk PUO pun dah naik. Tapi rasanya memang tak mahal untuk student politeknik. Tak berani nak cakap berapa tapi rasanya bawah RM1000. Korang akan dapat baju,beg,fail dan lain2 barang keperluan dari PUO. Dan korang jugak akan dapat buku yang akan korang belajar untuk sem 1 nanti. 
Kalau Dapat Asrama Boleh Tolak Tak. ?
  • Boleh jer nak tolak if korang dah ada rumah sewa atau tempat tinggal berdekatan dengan PUO tuu. Jangan risau sebab rumah sewa memang bantak dekat sana. Kalau takde kenderaan disyorkan cari rumah di Taman Cempaka. Sebab Taman Cempaka paling dekat dgn poli. Boleh jalan kaki jer. Kalau ada kenderaan boleh cari rumah di Pekan Razaki atau Ampang. Tentang harga sewa tak tentu jugak ikut tuan rumah laa. Seeloknya cari rumah yang bil air dan elektrik owner yang bayar. Macam NQI dulu sewa dalam RM580 untuk satu sem. Patutnya RM530 jer tapi kena tambah RM50 sebab tak cukup org. huhu. Kalau owner tak mintak tambah takpe laa.
  • Haaa,kalau korang nak cari rumah korang boleh join group PUO kat fb tuu. korang search jelar ape2 yg berkenaan dan join group. Selalunya ada senior yg cari housemate. . So,boleh la contact org tuu dan boleh duduk sekali if berminat.
Banyak Transport Tak Kalau Nak Keluar
  • Transport korang boleh dapat teksi la paling senang. Atau korang boleh sewa kereta. Banyak jer kawasan PUO tu tempat sewa kereta. Selalunya myvi, viva, kancil, kelisa. Kalau bas kebiasaannya takde sbb bas jarang lalu kawasan poli. huhu. Tempat paling dekat korang nak lepak Jaya Jusco. Serius,dekat jer. huhu. Kalau nak beli barang2 dapur ke ape ke boleh la ke Tesco belakan JJ je ataupun Tesco Extra. Itu paling dekat laa kot rasanya. 

Rasa-rasa itu jelar kot yang boleh NQI share. Just in case if ada ade pape soalan lain just contact kat FB or Twitter oke. Haa,lagi satu if korang dapat course lain dari course Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) NQI tak tahu. Mohon maaf sangat. Mungkin boleh search lain atau cari student lain yang amek same course dgn korang.


 Maklumat Lain :D

Diploma Teknologi Maklumat 

Subject For DNS (Diploma Networking System)









No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...