Al-fatihah

Embedded image permalink 


Kehilangan yang amat besar bagi kami rakyat Negeri Perak. Kami kehilangan Sultan yang sangat baik. Dan kehilangan besar juga kepada Sukan Hoki Malaysia. Bendera Perak akan dikibar separuh tiang selama 100 hari. Perak akan bercuti pada hari esok 29 May 2014. #Perakberkabung. Al-fatihah :'(


Embedded image permalink 

Embedded image permalink

First Time Guna Scrub EverSoft


Sumber : google

Siapa pengguna Scrub Eversoft. ?? Boleh mintak pendapat tak tentang scrub nie. Selama nie tak pernah lagi guna Eversoft. Ini kali pertama try eversoft tapi try yang scrub laa. NQI muka jenis berminyak and jerawat suka singgah dekat muka. So,NQI pakai pencuci muka Safi Balqis White Trilogy. Setakat nie White Trilogy yang terbaru mmg tak mengecewakan. Safi yang sebelum nie tak sesuai kot dgn muka. hihi. Before this pun guna scrub dari Safi Balqis yang packing lama. Tapi muka jadi tegang and pedih sikit. Mungkin scrub safi tak sesuai dgn muka NQI yang sensitif nie.

Kakak yang tempat kerja tadi tuu yang syorkan guna scrub nie. Agak ragu-ragu nak try tapi kakak tuu pok pek pok pek sampai NQI rasa yakin nak try. huhu. Pandai kakak tuu yer. Kali nie NQI try Deep Action Scrub EverSoft. Scrub muka ini diadunkan dengan ekstrak Aprikot Organik 100% . . .  Tadi excited nak guna then try lah jugak. NQI wapkan muka supaya pori2 terbuka dalam 10 minit. Then terus pakai scrub nie. NQI pernah tgk ada sorang kakak tuu dekat youtube dia ajar gosok2 scrub nie kat muka pakai berus gigi. So,NQI pun try and best sgt. hehe. Tapi sebab muka NQI tgah ada jerawat besor so kena gosok slow2 jer. hehe

Lepas pakai memang tak rasa tegang and pegang pun muka soft jer. And kat tempat jerawat pun mcm dah kecut sikit and tak pedih pun. Selalu kalau pakai scrub jerawat akan rasa pedih tapi kali nie oke jer. Takde merah2 kat tempat tuu. Bau scrub nie pun wangi sebab guna aprikot. hee. Kali nie try eversoft and harap2 serasi dgn muka.

Resepi Laksa Perak

Bahan-bahan
  1. 1 kilo ikan kembung
  2. 2 @ 3 kilo laksa *celur dengan air panas
  3. 3 biji bawang besar **
  4. 2 atau 3 ulas bawang putih **
  5. 10 tangkai cili kering **
  6. 2 inci belacan **
  7. Daun kesum - Blend sedikit
  8. Bunga kantan - Blend sedikit
  9. Asam keping *ikut suka tahap kemasaman anda
  10. Garam
  11. Bahan perasa *tak letak pun boleh
  12. Air secukupnya
- Kisar bahan yang bertanda **
- Daun kesum dan bunga kantan blend sedikit supaya ada rasa. Selebihnya masuk dalam kuah


Bahan Sampingan
  1. Bawang besar *hiriskan
  2. Cili merah *hiriskan
  3. Timun *hiriskan
  4. Daun Selom *hiriskan
  5. Telur rebus
  6. Limau

Cara buat kuah laksa
  1. Bersihkan ikan dan rebus dengan air dan masukkan asam keping.
  2. Masukkan bahan yang di blend ke dalam periuk lain bersama daun kesom,bunga kantan dan asam keping.
  3. Setelah ikan siap di rebus. Asingkan isi dan tulang. Blend isi ikan dan masukkan ke dalam periuk. Tulang ikan di blend dan di tapis seterusnya masukkan ke dalam periuk. **Pastikan tulang tidak masuk ke dalam kuah laksa.
  4. Masakkan kuah laksa dan boleh masukkan garam dan bahan perasa secukup rasa :D
  5. Siap ! Dah boleh makan.
  6. Jangan lupa hiriskan bahan sampingan dan celur laksa ^.^

BE 12 dari Nuffnang ( Sanofi Lactacyd April 2014 )


Alhamdulillah rezeki lagi. Kali ini Nuffnang kasi BE dari Sanofi Lactacyd April 2014. HUHU. Baru dapat hari nie. BE yg sebelum ini pun still on going. Kalau korang pun nak kekalkan BE korang lama2 boleh try tips yg NQI kasi haritu DI SINI. Harap2 BE kali nie pun dapat kekal lama. hehe. Sanofi Lactacyd ialah penjagaan intim wanita.










Giveaway Cantik Bersama HESTA Facial Treatment


klik banner dia atas untuk peluang memenangi 
HESTA Facial Treatment Set Ajaib

Tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pelbagai masalah kulit wajah boleh terjadi keatas diri anda. Ramai wanita di luar sana yang tidak sedar sebenarnya, mungkin termasuk diri anda sendiri. Untuk mendapatkan wajah yang cantik, bukanlah sesuatu yang mudah. Tak cukup dengan itu, untukMENGEKALKANNYA agar ianya mampu bertahan lama turut menjadi satu cabaran besar. Masalah-masalah yang biasa dihadapi :

  • Masalah jerawat dan parut jerawat mudah timbul
  • Masalah kulit kering, kasar & kusam
  • Masalah warna tona kulit tidak sekata
  • Masalah pori-pori terbuka
  • Masalah kurang keyakinan diri
  • Masalah kulit gelap & pigmentasi serta berjaragat
  • Masalah kelihatan kulit jauh lebih tua daripada usia

h4
Untuk mengatasi ke semua masalah di atas dan memastikan agar kulit wajah anda sentiasa cantik berseri, ada 4 pekara yang perlu anda ambil perhatian dan lakukan ….
1.Membersihkan Wajah
2.Menyegarkan Wajah
3.Melembapkan Wajah
4.Melindungi Wajah
HESTA® Facial Treatment Set
“Set Lengkap Rawatan & Penjagaan Kulit Wajah Yang TERBUKTI BERKESAN Serta Mendapat Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia!”
277 produk facial(Imej-imej di atas menunjukkan gambar sebenar produk Hesta Facial Treatment Set yang mengandungi 7 item dalam satu pakej)

Hesta Facial Treatment Set ini merupakan set rawatan wajah lengkap yang mampu 
  •  membantu menyelesaikan pelbagai masalah kulit wajah anda serta terus mengekalkan kesan positif tersebut untuk jangka masa lebih panjang
  • Ia terdiri daripada 7 item dalam satu pakej yang kandungannya terdiri daripada sumber bahan-bahan ekstrak tumbuhan semulajadi seperti ekstrak tumbuhan rosemary, chamomile, olive oil, aloe vera serta diperkaya dengan anti-oksida
  • Ianya dijamin selamat dan suci bebas daripada sebarang kandungan bahan-bahan kosmetik aktif berbahaya seperti hidrokuinion & merkuri
  • Diformulasikan khas menggunakan teknologi kecantikan daripada Perancis (France) yang telah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk ini juga memang khas datangnya daripada France!
  • Fungsi utama Hesta Facial Treatment Set ini adalah memberikan rawatan dan melindungi kulit wajah anda daripada ancaman luaran seperti sinaran cahaya UV matahari berlebihan, debu, kotoran, suasana kering serta memulihkan kembali sel-sel dan tisu kulit wajah anda yang telah rosak
  • Dan yang menariknya, kesannya mampu anda mula lihat seawal sebaik sahaja anda selesai guna produk ini walaupun pada hari yang pertama! Dah ada bukti testomonial bagi menyokong kenyataan ini, nanti saya akan kongsikan bersama anda di bahagian bawah laman web ini
  • Produk ini amat sesuai untuk semua jenis kulit, dari normal sehinggalah yang mempunyai kulit berminyak
  • Kesimpulannya, produk set Hesta Facial Treatment ini lah penyelesaiannya kepada masalah kulit sensitif yang memerlukan penjagaan rapi serta rawatan yang secukupnya. Ia merangkumi 4 aspek penting dalam penjagaan kulit wajah seperti yang ada saya konsgsian di atas tadi iaituMembersihMenyegarMelembap dan Melindungi kulit wajah anda dalam satu masa sekaligus!
20 Kelebihan HESTA Facial Treatment Set!
  • Sesuai untuk semua jenis kulit yang normal
  • Menghilangkan masalah kulit kusam tidak bermaya
  • Menlenyapkan minyak berlebihan pada kulit anda bagi mengelakkan masalah jerawat
  • Bertindak merawat & memperbaiki sel-sel kulit wajah yang rosak dan kering
  • Membantu dalam pertumbuhan sel-sel kulit wajah yang baru dan sihat agar anda terus kelihatan kekal muda seterusnya melewatkan proses penuaan
  • Melindungi kulit wajah anda daripada masalah kekeringan
  • Bertindak merawat kegatalan kulit wajah akibat daripada masalah resdung
  • Bertindak mengatasi bintik-bintik hitam dan putih
  • Mengawal dan mengurangkan jerawat serta mengatasi kesan parut jerawat
  • Merangsang pertumbuhan kolagen pada kulit wajah anda secara semulajadi
  • Mampu menegang dan menganjalkan kulit wajah anda
  • Menjadikan kulit lebih cerah berseri
  • Melindungi kulit dari sinaran UV berlebihan
  • Salah-satu item dalam set ini iaitu Pearl Sunblock Foundation yang lembut mampu membebaskan kulit wajah anda daripada berminyak yang mampu bertahan sehingga 24 jam
  • Bertindak memudarkan dan menghilangkan jeragat
  • Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan agar anda sentiasa kelihatan awet muda
  • Perbezaan & kesan positif boleh dilihat dengan hanya sekali rawatan!
  • Meningkatkan keupayaan serta mengekalkan tahap kelembapan semulajadi kulit wajah
  • Mengekalkan wajah awet muda anda walaupun usia anda sudah lanjut
  • Menaikkan lagi seri wajah anda dengan sekali rawatan sahaja
TESTIMONIAL

blogger femes -- MAK DARA




481667_219791958155110_405911413_n

CONTACT :
 http://hesta1.blogspot.com
 http://hesta1stopbeauty.com
♥ Facebook : HESTA1STOPBeautyCenter
♥ Call/ Whatsapp/ SMS : 012-3384991


Resepi Chocolate Mars Bar


Malam semalam NQI ajak abg2 buat Chocolate Mars Bar. Abg2 NQI mmg kalau ajak buat jer dorang mmg laju jer. So,mlm semalam terus pergi Mydin cari barang2. Balik2 terus buat. Senang je buat. NQI pun google jugak resepi nie dapat dari SINI. Terima kasih yer :D Tapi rice krispies tu NQI tak jumpe yg mcm original punya. Boleh search laa rupe dia. So,just amek jer yg lebih kurang mcm original. Yang NQI beli mmg dah salut dgn coklat. huhu. Tapi hasilnya sedap tau. hehe :D


Bahan-bahan
1. Butter *100g
2. Chocolate Mars Bar *Saiz besar 3 bar. . . Saiz kecil 5 bar
3. Rice Bubbles ( 3 cawan ) *NQI guna dlam 3 cwn lebih sb coklat cair ada lagi

Topping
1. Cadbury Milk *1 bar yg bersaiz besar
2. Butter *30g

Cara-cara
1. Cairkan butter (100g) dgn Chocolate Mars Bar.   *api slow sahaja
2. Masukkan Rice Bubbles dan kacau smpai Rice Bubbles rata dgn semua coklat
3. Masukkan Chocolate Rice Bubbles tadi ke dalam bekas dan tekan sehingga padat.
4. Seterusnya, cairkan coklat Cadbury dengan butter (30g).  *double boiler
5. Coklat cadbury yang sudah cair boleh dituang dalam bekas yang ade rice bubbles tadi.



 Sebelum letak topping


Selepas letak topping

Kalau nak cantik boleh masukkan dalam bekas lut sinar. Nak amek gambar cantik. Tapi NQI cari bekas lut sinar takde. Guna jelar bekas nie. Lagipun untuk makan sendiri. Takde niat nak masuk blog. Tapi ramai sgt tnye resepi. So,NQI share jelar. hehe

Kaedah double boiler tuu NQI tak reti sebenarnya. hehehe. NQI cuma buat satu periuk besar atas api ada air yg mendidih. Dan satu lagi periuk masukkan bahan topping. NQI letakkan periuk yg untuk topping atas periuk yg ada air tuu. Supaya coklat dan butter cair. huhu. Korang faham ke. ?? Buat2 faham jelar yer. hehe

Tips Kekalkan Iklan Nuffnang

 

Nuffnang ?! Ada ke blogger yg tak kenal dengan Syarikat pengiklanan yang terkenal nie. Mesti ramai yang dah tahu kan. ? Kebanyakan blogger pun letak iklan Nuffnang dalam blog. Dan ada juga blogger yang dah pernah cash out hasil dari Nuffnang. Tapi NQI belum pernah lagi laa. Sebab dulu tak berapa ambil tahu sangat pasal Nuffnang nie. Baru-baru nie jer sangat suke dengan Nuffnang. Tambah-tambah lagi Nuffnang asyik kasi CPUV jer kat blog NQI. Tak masyuk sangat tapi okey laa. 

Di dalam pemerhatian NQI laa sejak dapat CPUV dari Nuffnang nie NQI nak share laa bagi mereka yg belum pernah dapat CPUV walaupun dah bertahun berblogging. Dulu NQI pun tak pernah dapat tapi NQI selalu update di bahagian survey dan hantar ticket ke Nuffnang. Korang tanya laa Nuffnang tanak kasi CPUV ke kat blog and bla bla bla.

Pernah dapat tapi earning dari iklan yang korang dapat tu ciput jer ?! Mari sini NQI nak cerita. Tapi ini dari apa yang terjadi kat NQI laa. Just nak sharing dengan korang. Biler korang dapat jer CPUV dari Nuffnang korang pastikan blog korang sentiasa ada update yg baru. Satu hari satu entry sudah memadai. Kalau rajin boleh la satu hari dua tiga entry korang buat. Biler korang ada update blog makanya akan ada pelawat yg nak baca cerita korang. Boleh la ping entry di group blog yg ada dlam facebook tuu. NQI dah try jugak hari2 ada entry baru dan iklan Nuffnang masih 'On Going' dari 5 Mei 2014 sampai sekarang dan amount untuk iklan tuu pun meningkat dari iklan2 sebelum nie. 

So,itu antara ape yang NQI perhatikan laa. Korang pun boleh try mana lah tahu kot2 menjadi. Masyuk lah korang kan. NQI pun masih berusaha untuk try cash out dengan Nuffnang nie. Tapi nampak gaya macam jauh lagi jer. Kita relaks jer okey. Pelan-pelan kayuh bak kata pepatah. Ada rezeki insyaAllah  :D

PUO - Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)

Assalamualaikum. NQI kembali lagi dgn cerita Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian). . . Bukannya apa tapi bnyak sangat yg bertanya kat blog dan facebook. Kadang2 tu soalan nya sama jer. Buat entry nie bukan sb malas nak tanya persoalan korang. Cuma mungkin ada yg ingin tanya benda sama atau akan dtg student yg dapat kos nie. So,boleh bace dulu but if ada yg tak faham dan musykil blh contact di fb yer -->Nor Quraishia . Korang boleh trus inbox and tnye pasal kos nie sbb kadang2 jarang approve request nie. Just inbox and akan diapprove. 

Senarai subjek kos Rangkaian
  • Korang boleh lihat SINI . . . NQI dah share subjek untuk kos ini. . . Tapi mungkin ada perubahan sikit pada masa akan datang. Mungkin ada subjek yg dimansuhkan atau ditambahkan. Lebih kurang begitulah subjek untuk kos ini. 
Beza Diploma Teknologi Maklumat Rangkaian Dengan Pengaturcaraan
  • Rangkaian atau dalam bahasa org putehnya 'Networking' lebih kepada internet, ip address, sambungan antara dua buah komputer atau lebih dan sebagainya. Untuk lebih lanjut blh search la yer. 
  • Pengaturcaraan atau dalam bahasa org putehnya 'Programming' lebih kepada coding atau arahan kpd komputer untuk kita hasilkan program komputer.
Apa Syarat Untuk Mohon Kos Rangkaian 
  • Mohon maaf yer sebab NQI tak tahu apa syarat nak mohon kos ini. Tapi NQI boleh ckp even korang takde basic IT mase SPM pun layak untuk kos ini sbb NQI pun takde basic IT. Dan NQI ada 7 kredit dan layak dapat kos ini. Try jer mohon insyaAllah ada rezeki dapat laa. Tak dapat jgn down plak. Mungkin rezeki kat tempat lain  :)
Course Ini Pakai Add Math Tak ?
  • Untuk pengetahuan awak memang IT akan blajar add math. Tapi bukan add math macam dekat skolah. Just basic jer ada la beberapa subject yg blaja kat sekolah tu dia pakai. But,trust me if korang punya add math kat skolah tak bgus atau fail jgn takut sbb sampai sane nanti korang mesti cakap 'Senang je rupanya add math nie. Apasal kat skolah dulu aku tak reti buat'. HAHAHA. Percayalah senang jer. Itu pun kalau korang dapat lecturer yg pndai ngajar and korang tak ponteng lah kan. Kalau ponteng kirim salam awal2 korang mmg akan blur.
Peluang Pekerjaan. ? 
  • NQI tak pasti dengan peluang pekerjaan. Tapi cuba korang fikir masa sekarang pun mcm2 teknologi ada. So,masa akan datang lagi bertambah teknologi. Cuma dapat dgn tak je masalah nya. Kalau dah rezeki ada lah kerja. Tapi ramai yang belajar IT so saingan tu yang banyak. Kalau tak pun korang boleh cari modal sendiri bukak kedai komputer sendiri. Boleh buat bisnes ape kan. ?  So,jgn risau laa dgn peluang pekerjaan insyaAllah ada rezeki. Kalau bukan dlam bidang nie pun rezeki tu tetap ada.
Bayaran Untuk Daftar Kos Ini
  • Ini khas untuk student yg dapat tawaran PUO SAHAJA. Yang lain2 NQI tak tahu oke. Maaf yer. NQI tak pasti berapa harga nak dibayar ke PUO nie. Yer lah kan sekarang macam2 dah naik tak mustahil daftar masuk PUO pun dah naik. Tapi rasanya memang tak mahal untuk student politeknik. Tak berani nak cakap berapa tapi rasanya bawah RM1000. Korang akan dapat baju,beg,fail dan lain2 barang keperluan dari PUO. Dan korang jugak akan dapat buku yang akan korang belajar untuk sem 1 nanti. 
Kalau Dapat Asrama Boleh Tolak Tak. ?
  • Boleh jer nak tolak if korang dah ada rumah sewa atau tempat tinggal berdekatan dengan PUO tuu. Jangan risau sebab rumah sewa memang bantak dekat sana. Kalau takde kenderaan disyorkan cari rumah di Taman Cempaka. Sebab Taman Cempaka paling dekat dgn poli. Boleh jalan kaki jer. Kalau ada kenderaan boleh cari rumah di Pekan Razaki atau Ampang. Tentang harga sewa tak tentu jugak ikut tuan rumah laa. Seeloknya cari rumah yang bil air dan elektrik owner yang bayar. Macam NQI dulu sewa dalam RM580 untuk satu sem. Patutnya RM530 jer tapi kena tambah RM50 sebab tak cukup org. huhu. Kalau owner tak mintak tambah takpe laa.
  • Haaa,kalau korang nak cari rumah korang boleh join group PUO kat fb tuu. korang search jelar ape2 yg berkenaan dan join group. Selalunya ada senior yg cari housemate. . So,boleh la contact org tuu dan boleh duduk sekali if berminat.
Banyak Transport Tak Kalau Nak Keluar
  • Transport korang boleh dapat teksi la paling senang. Atau korang boleh sewa kereta. Banyak jer kawasan PUO tu tempat sewa kereta. Selalunya myvi, viva, kancil, kelisa. Kalau bas kebiasaannya takde sbb bas jarang lalu kawasan poli. huhu. Tempat paling dekat korang nak lepak Jaya Jusco. Serius,dekat jer. huhu. Kalau nak beli barang2 dapur ke ape ke boleh la ke Tesco belakan JJ je ataupun Tesco Extra. Itu paling dekat laa kot rasanya. 

Rasa-rasa itu jelar kot yang boleh NQI share. Just in case if ada ade pape soalan lain just contact kat FB or Twitter oke. Haa,lagi satu if korang dapat course lain dari course Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) NQI tak tahu. Mohon maaf sangat. Mungkin boleh search lain atau cari student lain yang amek same course dgn korang.


 Maklumat Lain :D

Diploma Teknologi Maklumat 

Subject For DNS (Diploma Networking System)









Mini GA Cash RM50 by Emas Putih #part3

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash Rm50 by Emas Putih #part3 ini dianjurkan oleh Emas Putih

Pengguna Setia Safi Balqis

 

NQI pengguna setia Safi Balqis. Tak ingat sejak biler guna tapi dulu guna Safi Balqis Perfect 10. Sekarang Safi dah keluar yang baru 'Safi Balqis White Trilogy' macam gambar atas nie. Seriusly,mmg best sangat yang nie tau. Bau pun wangi ajer. Bau buah-buahan dan masa pakai pun sejuk jer muke sebab rasa berangin. Abang pun pakai dia kate seronok and bagus. hehe. Lepas pakai 'Safi Balqis White Trilogy' nie muka makin lembut. Parut jerawat pun dah makin pudar. Best sangat. Tapi NQI baru try pembersih dan penyegar jer. Haaaa,yg syok nye sebab 2 dalam 1 tau. Lepas cuci muke tak payah pakai penyegar daa. huhu

Pembersih & Penyegar 2 dalam 1 SAFI BALQIS White Trilogy 
membersih secara mendalam untuk mengeluarkan sisa kotoran di samping mengembalikan kesegaran tanpa menghakis lembapan semula jadi kulit wajah.



 

Satu set produk Safi Balqis White Trilogy



SAFI BALQIS White Trilogy dengan formulasi Arbutin, Nano BioWhite dan Kiwi bertindak menerusi 3 lapisan kulit* untuk 10 aksi pada kulit wajah:
• Membersih secara mendalam
• Mengecilkan pori
• Memudarkan cela
• Melindungi dari sinar UV
• Mencerahkan kulit
• Melindungi dari radikal bebas
• Menyamaratakan tona kulit
• Mengekalkan lembapan 
• Menghaluskan kulit
• Melembutkan kulit




 

Produk Safi Balqis White Trilogy untuk kulit berminyak dan berjerawat


Rangkaian produk SAFI Balqis White Trilogy Kawalan Minyak dan Jerawat berkesan dalam mengawal sebum wajah berlebihan yang menjadi punca pori tersumbat dan mendorong kepada masalah jerawat

Ape dah jadi 'No Bootable Device' ?

Ya Allah semalam laptop NQI tiba2 je hang masa tengah edit blog. Ingatkan takde pape la jadi. Sebab before this ada jugak jadi hang. Maybe sebab semalam banyak sangat buka tab mcm tu fikir kan. So,mcm biasa terus off laptop then on balik. Selalu lepas off and on elok jer. Tapi semalam dia buat hal pulak. Lepas off dia keluar acer jer. Pastu tak fikir ape2 try off balik. Then on semula still mcm tu lame jgak laa. So,NQI nak bukak la BIOS dia kan. Pun tak boleh jugak. Screen jadi gelap. . Aishh,mula la otak ligat fikir ape masalah. Then banyak kali la on off on off. hahaha. Last2 dia kua 'No Bootable Device' mcm kat bawah nie .  . Mula lar pelik dah kepada dgn laptop nie. Just nak kasi tau NQI guna laptop Acer V3 (windows 8) so maybe korang pernah terjadi macam nie.

 

After that,try jugak nak bukak BIOS sampai dapat. Dah dia kate 'No Bootable Device' lagi laa buat NQI rasa cuak kan. Then try banyak kali tekan F2 sampai boleh masuk BIOS. Last2 dapat jugak.
 

Lepas dah masuk BIOS ape NQI buat ?? Just tekan F9 then enter. Tekan F10 plak then enter. Seterusnya,sistem ada loading dan boleh kembali ke dekstop macam biasa. Tapi masalah NQI buat tapi tak menjadi. Ya Allah rasa kecewa nya tak menjadi.  Tak tahu la kenapa. Just nak sharing if korang punya laptop jadi macam nie 'No Bootable Device' korang boleh try tekan F9 dgn F10 tuu. InsyaAllah akan kembali normal. Malangnya nasib tak menyebelahi NQI. hukhukhuk :'(

 

Gambar diatas menunjukkan Boot Manager. Harap maaf NQI tak tahu ini untuk ape sebenarnya. Cuma dia keluar lepas pop up 'No Booting Device' keluar. Lepas enter jadi macam nie. Ermm,blur sekejap masa tu. kih3 


Malam tadi punya cerita. Saja2 on laptop balik then keluar 'Automatic Repair' . Dalam otak tu fikir nak restore ke tak. ? haha. Then terus wassap abg tanya dia macam mane. Dia kate try jelar restore. Abg NQI nie terror gak la pasal komputer nie. hehe. So,dengan rakusnya terus tekan restore. HAHAHA. Apa yang terjadi ???? Dia hanya keluar acer macam mula2 on laptop tu. Tapi lama tunggu nothing pun. Mungkin system tengah repair so rileks jer tunggu. hehehe. Last2 dia off sendiri. Okey takpe mungkin tengah process and on la kot jap lagi. kah3. Nak sedapkan hati jer tu. Padahal dup dap dup dap daaaa. 

Nak dijadikan cerita abg balik. Then,dgn segera kasi laptop kat dia. Benda yang NQI alami jadi kat dia. Nak bukak BIOS pun tak boleh. Haduii,gawat nieh ! hahaha. Then,dia tekan2 je keyboard nie. NQI pun terus blah g cari surat warranty. Cehhh,masa tu mmg fikir laptop aku kena masuk bengkel nie. huwaaaa :'(  Dah cari cari tak jumpe terus g kat abg. Guess what ???? My lovely laptop tiba2 on masuk ke dekstop. Ya Allah nak nangis nak gelak semua pun ada. Abg terus ckp 'balik elok plak laptop dia'. Kahkahkah. Sorry la bro tak sangka tiba2 boleh elok. So,itu jelar cerita yang terjadi kat laptop nie. HAHA. Thats all, just nak sharing dgn korang problem pertama NQI guna laptop nie. Hahaha. Btw,thanks to my brother yg sudi tolong and Alhamdulillah laptop kembali normal. Syukur :D

Blog NQI Bertukar Wajah Lagi



NQI kembali lagi dengan cerita blog berwajah baru. Hehe. Semalam baru je cerita Blog Berwajah Baru . Hari nie dah berwajah baru lagi. Haish,rajin sangat cuti sem nie. Semalam just tuka header and sikit2 jer. Kali nie semua dah bertukar. Dengan background,sidebar and macam2 lagi laa dah bertukar. Hehe.

Dan NQI nak berterima kasih kepada dua org blogger sebab NQI follow tutorial diorang. Big thanks to Amalina Lee dan Nur Farahuda. Harap awak berdua halalkan ye. Semoga murah rezeki sebab dah sharing this tutorial for me and others blogger. Untuk blogger newbie yang nak edit blog, NQI sarankan korang guna tutorial dari blog Amalina Lee dan Nur Farahuda nie yer. Sebab tutorial dari diorang nie sangat senang nak faham.Dah laa blog diorang ringan. Cepatnye nak loading. Memang takde masalah lambat langsung. Kalau yang tak pernah main dgn coding jgn risau sb tutorial diorang mmg ikut step dan insyaAllah menjadi punya lah. hehe.

Cara Untuk Mengetahui Alamat IP Bagi Komputer Menggunakan CMD

Untuk yang pertama sekali anda perlu tahu Command Prompt (CMD) ialah kotak hitam yang akan kita tulis arahan kepadanya. Bagi pengguna windows 8 blh guna cara ini. Sebab ada pengguna windows 8 yang tak tahu mana nak cari CMD.



Untuk mengetahui Alamat IP komputer anda. Pertama sekali perlu buka dulu CMD. Cara paling cepat tekan di keyboard windows + R seperti dibawah.



Maka akan keluar pop up Run seperti gambar di bawah. Dan taip cmd maka keluarlah kotak hitam.



Langkah seterusnya, taip ipconfig dan tekan enter di kotak hitam tersebut.


Jadi begitulah caranya untuk mengetahui alamat IP bagi komputer kita. Selamat mencuba

Keyboard Shortcuts Untuk Windows 8


Disebabkan NQI merupakan pengguna windows 8 maka NQI cari keyboard shortcuts untuk lebih memudahkan dan mempercepatkan kerja. Tambah2 lagi kalau nak Search kena halakan cursor ke tepi2 nie nak cari. So,dgn shortcut nie senang je nak cari. Huhu. 

Win+C : Buka Charms Bar
Win+D : Show Desktop
Win+E : Buka Windows Explorer
Win+F : Buka File Search App
Win+H : Buka Share charm
Win+I : Buka Settings charm
Win+K : Buka Connect charm
Win+L : Lock computer
Win+O : Locks device orientation
Win+Q : Buka Search pane
Win+R : Buka Run
Win+V : Cycles through toasts
Win+Shift+V : Cycles through toasts in reverse order
Win+W : Buka Settings Search app
Win+Y : Temporarily peek at the desktop
Win+Z : Buka App Bar
Win+Tab : Cycles through Metro Applications
Win+Ctrl+Tab : Cycles through Metro Applications in Snap
Win+Shift+Ctrl+Tab : Cycles through Metro Applications in Snap (Backwards)
Win+. : Moves the Snap view to the right
Win+Shift+. : Moves the Snap view to the left
Win+Spacebar : Switch input language and keyboard layout
Win+Enter : Launches Narrator
Home : Jumps to the first Tile
End : Jumps to the last Tile
PgUp : Moves Startscreen to the left
PgDown : Moves Startscreen to the right
Ctrl+Scrollwheel : Semantic Zoom

Blog Berwajah Baru

Holla ! Hari nie bertungkus lumus nak edit blog yang tak bape nak cantik nie. Tapi boleh la atas usaha sendiri. Sebenarnya tak banyak yang berubah pun. Tukar sikit2 jer. Yang penting masih kekal dengan pink pink gitu. Baru lah comel and sweet. aummm :*


 Header lama

Header baru

Salah satu perubahan yang jelas kelihatan kalau terjah blog nie. Sebab header paling atas so senang nak cam dah bertukar. *tu pun kalau ada yg prasan. hehe



Footer

Seumur hidup blog nie belum pernah dia ada footer tau. Kali nie baru ada. hahaha. Kesian kau blog dapat tuan mcm nie. kih3. *saje je nak try. but,just simple :D

Yang lain dah tukar ada border pink tepi nie. And ada la lagi benda kecik yang dah tukar. Tapi tak puas hati dengan post body ke ape tah name nye nie. Line dia masuk ke line border. huwaaa :'(  Sape tau nak kemaskan mcm mane meh la tolong bagi tunjuk ajar. hee

So,rasa2 ada tak lagi yang perlu dibetulkan atau ditambah . ?  Just need others opinion. Daaa ^.^

BE 11 dari Nuffnang ( IKEA - children )



Alhamdulillah rezeki lagi. Nuffnang baik hati kasi BE lagi. Kali nie dari IKEA - children pulak. Alhamdulillah BE yang ke-11 dari Nuffnang. Blogger lain ada yang dah dapat banyak tapi tetap bersyukur. At least ada jugak dapat BE nie. Hari tuu rezeki dapat BE sampai 4. Tapi semua dah kredit dah. Tinggal IKEA nie 1 jer yg on going. hehe. Harap2 lame cikit dia duduk dalam blog nie.hehe. Apa-apa pun thanks Nuffnang nanti kasi BE bnyak2 lagi ehh.


Next Target - Handbag Gucci Gold

 

 sumber : google

Petang tadi excited buka instagram tetibe nampak handbag gucci gold mcm gambar kat atas nie. Lebih kurang la rupenya. Ada handbag,pouch and purse yg berharga RMxxx,xx . Masa tengok tuu mmg excited tatau nak ckp pe. Memang pk time tuu nak beli jer. hahaha. Then harga pun not bad laa. Name pun Gucci kan. Lepas tuu semangat jer terus post kat wechat pasal handbag nie and bgy tau kat kat shah. hehe. Then,dy tnye harga semua. Dy suh tnye ada lgy tak stok klau ada nty kite beli katenya. Huwaa,lagi la semangat rasanya. Dy tu kadang2 mane bgy nak bly brang2 nie tambah2 g harga ratusan ringgit nie. Tapi tadi sporting plak dy. huhu. Nie yang syg lebih nie. haha. Yang aku nie pun jarang nak beli brang mahal2 mcm nie. Tapi kali nie tak pk pnjang terus nak jer. Cadang nak beli bulan dpan. Tapi rasa2 nak beli sebelum pegi Subang laa. Nanti duk subang payah la nak post la bagai kan. So,inilah next target yg akan dibeli before pergi praktikal di Subang. Harap2 hajat nie tercapai laa yer. Alang2 jum follow my insta --> norquraishia








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...