Resepi Chocolate Mars Bar


Malam semalam NQI ajak abg2 buat Chocolate Mars Bar. Abg2 NQI mmg kalau ajak buat jer dorang mmg laju jer. So,mlm semalam terus pergi Mydin cari barang2. Balik2 terus buat. Senang je buat. NQI pun google jugak resepi nie dapat dari SINI. Terima kasih yer :D Tapi rice krispies tu NQI tak jumpe yg mcm original punya. Boleh search laa rupe dia. So,just amek jer yg lebih kurang mcm original. Yang NQI beli mmg dah salut dgn coklat. huhu. Tapi hasilnya sedap tau. hehe :D


Bahan-bahan
1. Butter *100g
2. Chocolate Mars Bar *Saiz besar 3 bar. . . Saiz kecil 5 bar
3. Rice Bubbles ( 3 cawan ) *NQI guna dlam 3 cwn lebih sb coklat cair ada lagi

Topping
1. Cadbury Milk *1 bar yg bersaiz besar
2. Butter *30g

Cara-cara
1. Cairkan butter (100g) dgn Chocolate Mars Bar.   *api slow sahaja
2. Masukkan Rice Bubbles dan kacau smpai Rice Bubbles rata dgn semua coklat
3. Masukkan Chocolate Rice Bubbles tadi ke dalam bekas dan tekan sehingga padat.
4. Seterusnya, cairkan coklat Cadbury dengan butter (30g).  *double boiler
5. Coklat cadbury yang sudah cair boleh dituang dalam bekas yang ade rice bubbles tadi.



 Sebelum letak topping


Selepas letak topping

Kalau nak cantik boleh masukkan dalam bekas lut sinar. Nak amek gambar cantik. Tapi NQI cari bekas lut sinar takde. Guna jelar bekas nie. Lagipun untuk makan sendiri. Takde niat nak masuk blog. Tapi ramai sgt tnye resepi. So,NQI share jelar. hehe

Kaedah double boiler tuu NQI tak reti sebenarnya. hehehe. NQI cuma buat satu periuk besar atas api ada air yg mendidih. Dan satu lagi periuk masukkan bahan topping. NQI letakkan periuk yg untuk topping atas periuk yg ada air tuu. Supaya coklat dan butter cair. huhu. Korang faham ke. ?? Buat2 faham jelar yer. hehe

1 comment:

Unknown said...

Nnt dy keras boleh potong or kena mkn dgn sudu ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...