Kebaikan Makan Ayam



Ayam ayam ayam. Dituju khas untuk Lukman yang suka sangat makan ayam. HAHA. Katanya 'untuk kebaikan kita'. hehe. Sewel punya org. okay,jom tgk kebaikan makan ayam nie ape.

TELUR AYAM
Kita goreng, kita rebus dan ada yang makan telur ayam mentah. Telur ayam adalah sumber protein berkualiti dan mempunyai hampir semua vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. Ia merupakan sumber protein yang paling murah. Berbanding dengan ikan dan daging, hampir 93 peratus protein daripada telur diterima oleh badan. Telur memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Selain itu ia tidak memberi kesan terhadap paras kolestrol. Dan kalau nak tahu~ 14 Oktober adalah Hari Telur Sedunia! hehehe ^.^v

PATI AYAM

* Membantu meningkatkan kecergasan badan dan otak.

* Mendorong pengaliran darah dengan lancar.

* Membekalkan tenaga lebih yang diperlukan oleh badan.

* Menggiatkan penghasilan darah.

* Meningkatkan penyerapan zat besi sambil membantu mencegah anaemia.

* Melindungi organ-organ tubuh badan daripada sebarang tekanan.

* Meningkatkan pengeluaran susu badan bagi ibu selepas bersalin.


SUP AYAM

Jika anda sedang berdiet, mungkin sup adalah salah satu menu yang menarik perhatian anda. Adakah anda tahu bahawa para peneliti membuktikan bahawa sup ayam mempunyai kandungan zat-zat anti peradangan yang mampu meredakan peradangan akibat selsema.

Selain itu, sup ayam yang mengandungi sayur-sayuran adalah lebih baik dan bermanfaat bagi kita. Jadi bila kita diserang selsema, jangan terburu-buru untuk mengambil ubat-ubatan. Semangkuk sup ayam panas tentu lebih menyihatkan dan mungkin lebih berkesan. Uwaa ! teringin pulak. hehe :)


KAKI AYAM
Khasiat kaki ayam nie ialah yang utama orang cakap awet muda dan makan kaki ayam juga dapat mencantikkan kulit. yeke. ? HAHA. try lah yer. Selain tuu Dapat Mencegah Osteoporosis iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak, dan patah. Ia biasanya tidak menimbulkan gejala kerana prosesnya berlangsung tanpa disedari. So,budak-budak sukan contahnya pemain HOKI elok lah makan kaki ayam supaya tulang anda tidak mudah retak. hehe. Dulu aku main hoki. Selalu jugak lah kaki aku nie kena bantai dgn kayu hoki kan. Nasib baik aku kuat. Takde lah sampai retak or patah. Kalau dulu tahu boleh lah selalu makan kaki ayam. kih3.

0kay,itu jer nak kongsi hari nie. dah si 'Lukman Ayam' tuu suka sangat mkan ayam saje lah belek2 google nie haa. ape yg suka sangat makan ayam. hehe.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...