Mengapa Wanita Zaman Kini Tidak Tahu Memasak
Ramai orang berkata wanita tidak pandai memasak tidak sesuai dijadikan calon isteri. Bagaimana pula dengan lelaki yang tidak boleh jadi imam. ? Cakap lebih2 nanti orang mengata pula. Apa yang nak ditekan kan disini 'Mengapa ramai wanita tidak tahu memasak'. Kaum lelaki jangan senang2 nak cakap sana cakap sini pasal perempuan tidak reti memasak.
Ada kaum wanita yang ingin memasak tapi banyak halangan nya. Tapi ada juga memang tadak mahu memasak. Halangan dari diri sendiri dan mungkin juga halangan dari keluarga. Keluarga tidak bercakap terus terang 'jangan masuk dapur,kamu tak boleh memasak'. Ada banyak sebab kenapa wanita zaman sekarang masih tidak tahu memasak walaupun masakan yang sangat simple.
1. DIRI SENDIRI
- Diri sendiri juga penyebab wanita masa kini tidak tahu memasak. Alasan nya malas atau masakan ibu lagi sedap. . Kalau dah malas memang tak mampu nak buat ape lah. Ini salah diri sendiri.
2. PENDIDIKAN
- Ini pun salah satu sebab juga. Keluarga yang mementingkan pendidikan sehingga anak perempuan tidak dibenarkan masuk ke dapur untuk menolong. Hanya suruh belajar belajar dan belajar. Anak2 pula dihantar ke asrama. Jadi tidak ada peluang langsung untuk belajar memasak. *tapi masak maggi diorang pandai. hehe
3. KASIH SAYANG TERLAMPAU
- Ibu bapa yang memberi kasih sayang kepada anak perempuan. Bukan tak boleh sayang anak tapi terlalu sayang dan memanjakan anak juga tidak elok sebenarnya. Ada ibu bapa yang terlampau sayang anak2 sehingga tidak membenarkan anak berada di dapur. Kerana takut terkena pisau dan sebagainya yang mengakibatkan luka.
4. ORANG GAJI
- Ini bagi mereka yang mampu sahaja. orang gaji ada,semua orang gaji sediakan. Tuan rumah hanya duduk dan makan sahaja. Jadi anak2 perempuan sudah dibiasakan dari kecil begitu. Bila besar dah tak reti masak.
Secara keseluruhan nya kita sebagai wanita mesti tahu memasak. Takkan nak harapkan mak semata-mata. Nanti mak dah tutup mata baru tau erti penyesalan sebab tak belajar memasak. Same like me lar. My mom dah takde so mmg susah lar. Nasib baik tau masak sikit2. So,korang yang tak tahu memasak dan mak masih ada tuu masih belum terlambat untuk belajar. Tak rugi pun pandai masak nie. Boleh masak untuk diri sendiri,masak untuk family. Kalau ada suami boleh untuk suami dan anak2. Suami pun semakin sayang. hehe.
Okay,itu jer pendapat kenapa wanita tidak tahu memasak. hehehe. Tapi dapat 4 jer. Nak cukup kan 5 tapi tak tau daa. Agak2 korang no 5 ape yer. ?? =.='
Ehh,jom join Giveaway SINI. . . dan SINI yer :)
2 comments:
haruslah nk isteri yang masak..
nk rase air tangan isteri...
Asal pandai masak sikit pun jadilah, jangan saja tak pandai langsung... Nanti suami "Makan" kat luar baru tahu... :)
Entri Terkini :
99 Punca Perceraian Suami Isteri Yang Harus Di Ketahui
Post a Comment