5 Cara Meningkatkan Trafik Blog




Ramai blogger yang terkejar-kejar trafik tinggi kan. Tambah-tambah lagi blogger yang ada letak iklan Nuffnang. Korang klik lah iklan Nuffnang dekat blog nie yer. Untuk blogger baru mesti tak faham kenapa blogger2 yang dah otai ni nak trafik tinggi. Takpe itu lain hari punya cerita. hehe. Senang dan mudah je nak dapatkan trafik nie sebenarnya. Cuma kena ada teknik yang betul, rajin dan perlukan kesabaran. Saya pun ada juga amalkan teknik ni dan alhamdulillah trafik naik lah sikit. Tapi takde lar 1000 UV dalam sehari. Nak dapatkan 500 UV sehari pun susah tau.



1.Blogwalking

Rajin-rajin kan lah diri tu jalan-jalan ke blogger yang lain. Sambil-sambil blogwalking tu tinggalkan lah jejak langkah korang kat cbox ke ape ke kan. Lagi bagus comment entry dia. Sekurang-kurang nya nanti bila dia baca mesti dia terjah juga blog korang.

2. Ping
Tujuan ping nie untuk tingkatkan trafik ke blog dan mempercepatkan entri untuk di index search engine. Boleh cuba ping blog menggunakan blogged.my , busuk.org , innit.nuffnang.com dan banyak lagi. Ping sehari sekali pun dah cukup yer.

3. Tinggalkan jejak, follow dan komen blog blogger lain
Nie sama jugak macam no 1 tuu. Dengan cara nie blogger boleh lar melawat blog korang. Bagi lah ayat menarik sikit untuk menarik minat blogger tuu masuk blog korang okay. Blogger lebih menghargai jika kita komen dekat entry dia daripada dekat cbox :)

4. Update blog
Yang nie mesti rajin dan mesti ada idea untuk update blog. Sehari sekali cukup. Lebih pun bagus juga. hehe. Kalau nak update blog tuu yang penting tajuk entri mesti menarik. Baru lah blogger lain nak terjah cerita korang. Tapi jangan pulak tajuk jer gempak tapi entry tak beri kesan pape.

5. Facebook dan Twitter
Korang mesti ade akaun facebook dan twitter kan. Dari situ pun korang boleh dapatkan trafik yang tinggi. Cuma korang kena rajin update dekat facebook dan twitter jelar. Dekat facebook kan banyak group untuk blogger seperti Mr. and Mrs Bloggie , BLOGGER AREA(Ini tempat K.I.T.A semua yang punya) , Rakan Blogger Klik1Malaysia dan banyak lagi. Lepas korang update blog post lah url entry korang dekat situ. Kalau menarik ramai lah mengunjungi blog korang


Harap-harap naik lah traffik kita yer. Yang penting jangan putus asa. Tambah-tambah lagi blogger baru. Okay,itu jer yang dapat share untuk hari ini. Nanti kan hari lain pula.

2 comments:

misshannajr said...

kdg2 berhari2 tak update blog sbb tak cukup masa..lg2 kalau internet buat hal hehe..

Nor Quraishia said...

betul2. internet buat hal mmg masalah. seminggu 2 or 3 kali update ok lah tuu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...