Review HESTA Facial Treatment



Nah. . . Nak tempek gambar seketul nie. Seperti yang korang tengok perbezaan antara before and after. Serius cakap tak guna Camera360 pun. Natural okey ?! HAHA. Kesan selepas 10 hari penggunaan produk HESTA. Memang patut pun nama nya HESTA Facial Treatment Set Ajaib. . Sangat ajaib hokey. . Selalu guna pape produk pun kesan lambat or mmg tak berkesan langsung ! Tapi dengan produk HESTA nie 10 hari dah nampak kesan. Agak2 ketara ke tak ? Pleasee lah cakap ketara and aku makin comel. Ehhh ?!! HAHAHA. . . Abaikan mata yang bengkak tu gara-gara tak cukup tidur. huhu


Gambar ini diambil selepas mandi. Almaklum laa muka naik jerawat dengan banyak selepas ehem ehem. Faham-faham jelar ehh perempuan nie. Teruk kan muke kite. Tapi yang nie pun dah kecut jerawat. Cuma tinggal merah-merah parut jer. Gambar yang after baru je diambil beberapa jam yang lepas. Kebetulan kak ipar ada tegur 'Ehh,acu apesal makin cantik pulak nie. Pakai yg dpat hari tu ehhh??? ' . . . *blushing kejap* HAHA.
 
Kita cuma nak share benda yang bagus. Benda bagus apa salahnya kita hebahkan. If korang ada masalah kulit muka sensitif mcm NQI korang digalakkan cuba produk HESTA nie. Betul tak tipu memang bagus tau. Jgn ckp NQI dibayar oleh pihak HESTA pulak untuk lariskan produk diorang. Tak tak takkkk !!! NQI share nie ikhlas dari hati sebab NQI sendiri dah rasa keajaiban produk HESTA. So,why not if korang try dulu.
Alhamdulillah,setakat nie guna produk HESTA masih oke. Muka takde pulak tetibe jadi makin teruk ke ape. Muka NQI seriously mmg sensitif tahap tak tau nak kate laa. Sebab tu muka NQI ada parut jerawat. Sedih dapat kulit sensitif macam nie. Okeyy, untuk produk HESTA nie mmg NQI suka sangat sebab sangat lengkap. Satu set ada 7 jenis kesemuanya. Yang bestnya kita boleh buat facial sendiri dekat rumah. Tak payah nak pegi spa ke ape semua. Korang boleh ikut turutan bawah nie untuk buat facial sendiri.

1. Cleansing Milk - Sesuai untuk mereka yang kulit kering. Dan cleansing milk boleh digunakan untuk menanggalkan mekap.
2. Facial Scrub - Dapat membuang sel-sel kulit mati dan memudarkan tompok hitam pada wajah anda
3. Cleansing Gel - Membersih dan menanggalkan secara kekotoran yang tersumbat di pori-pori.
4. Ph Balancing Toner - Menutup kembali pori-pori dan menanggalkan saki baki kotoran.
5. Lightening Soothing Mask - Menjadikan wajah anda lebih lembut dan cerah.
6. Aloe Vera Gel - Melembapkan wajah.
7. Pearl Sun block & Foundation - Bebas dari sinar uv dan boleh dijadikan sebagai foundation.

Okayy, NQI dah terangkan step untuk buat facial sendiri di rumah dan fungsi2 setiap jenis produk. Secara personal NQI nak share yang NQI mmg suka pakai produk HESTA. Terus terang NQI ckp sebelum nie tak kenal produk HESTA nie. Dengar gitu-gitu jer. Tak rasa berminat nak tahu dgn lebih dalam. NQI mula tahu pasal produk HESTA pun dari youtube princess yanti. Sebab akak nie ada buat video la pasal produk HESTA. Kakak tu pakai muka dia cantik ajer. Jeles ajer tgk then masa tuu baru laa tgk produk ape nie semua and bla bla bla. Tak lame lepas tuu tgk2 ada Giveaway dapat hadiah produk HESTA and saje join. Dah rezeki dapat pulak. Terima kasih sgt sbb dapat jugak NQI try produk nie.

Bagi NQI untuk cleansing milk nie memang sangat2 best sebab segala mekap yang NQI pakai semua tanggal dan bau pun sangat wangi. Lepas pakai muka rasa lembut sangat. Facial Scrub pun okey dan dapat membuang sel-sel kulit mati. Cleansing gel pula NQI suka sebab selepas saja pakai muka tak rasa tegang and smooth jer. Ph balancing toner dipakai selepas pakai cleansing gel supaya pori2 dapat ditutup semula dan menanggalkan sisa kotoran pada wajah. Lightening Soothing Mask nie paling NQI suka. NQI pakai dan biarkan lebih kurang dalam 30 minit mcm tuu baru bersihkan. After bersihkan korang akan berpuas hati sebab muka sangat2 lembut >.<

Aloe Vera Gel nie NQI tak pakai banyak2 pun. Pakai sikit dan ratakan di seluruh muka. Korang dapat rasakan muka lembab dan sangat relaks. Haritu sebelum masuk tidur NQI pakai Aloe Vera Gel nie. Biler bangun pagi masa nak basuh muka rasa licin jer muka and jerawat yg timbul dah kecut. Seriusly,mmg terkejut sgt. Asyik nak pegang muka jer. HAHA :D  Last, Pearl Sun Block & Foundation sangat2 berpuas hati. Dah la wangi best pulak tuu. Jujur ckp NQI pakai masa nak keluar jalan sebagai foundation dan dah dekat sejam mcm tu laa NQI tekapkan belakang tapak tangan nie kat dahi. Biler tgk tade kesan minyak ke ape. Before this kalau pakai foundation mesti bila pegang muka rasa berminyak. Masa nak pakai pun senang je nak ratakan dekat muka. NQI paling berpuas hati dengan Pearl Sun Block & Foundation nie. HEHE

Cara Penggunaan : 

PAGI : Cleansing Gel -> Ph Balancing Toner -> Aloe Vera Gel -> Pearl Sun block Foundation

MALAM : Cleansing Gel -> Ph Balancing Toner -> Aloe Vera Gel

KULIT SENSITIF Cleansing Gel -> Aloe Vera Gel



Anda boleh dapatkan produk  ini di HESTA 1 Stop Beauty. 


order3 





3 comments:

iamcikmisi said...

memang nampak keberkesanan nya ! tahniahh .. :) ~ produk mahal, mesti lah kan.. hehe

QuraiStory said...

cikmisi leen : Alhamdulillah kesan baik. Terima kasih :)

Moon golden beauty said...

Salam..cam ner klau sy nak order erk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...