Vaseline Petroleum Jelly boleh digunakan sebagai :
MENYEMBUHKAN LUKA
Ketika pertama
kali dijual di pasaran, Petroleum Jelly digunakan sebagai melindungi
luka dan goresan. Petroleum jelly bertindak sebagai penghalang luka dari
bakteria dan air, serta kelembapan, sehingga mempercepat proses
penyembuhan. Buktinya Blogger Yanmie telah menggunakan Vaseline Petroleum Jelly untuk merawat luka dimulut anaknya Haziq. Boleh baca entry ini. http://yanmieonline.com/2011/10/vaselin-memang-terbaik/
MENGATASI BIBIR MEREKAH ATAU MENGELUPAS(PECAH-PECAH)
Mengoleskan
Petroleum Jelly ke permukaan bibir setiap malam dapat membantu
mengatasi bibir kering dan pecah-pecah. Petroleum Jelly juga boleh
digunakan sebelum menggunakan lipstick. Ia dapat mengelakkan bibir
kering lagi-lagi sesiapa yang guna lipstick jenis matte.
MENGHILANGKAN KULIT KERING DAN KASAR
Kulit kering and kasar selalunya adalah Bahagian siku, tumit kaki, kuku, lutut dan lain lain tempat yang kasar. Untuk mengatasinya, sapukan Petroleum Jelly ke permukaan kulit kering dan kasar setiap kali habis mandi.
MENGHILANGKAN JERAWAT
Sebelum tidur malam sapukan Petroleum Jelly di jerawat dan InsyaAllah jerawat akan kecut pada keesokan harinya.
MENGILAP BEG TANGAN DAN KASUT
Petroleum
jelly dapat digunakan untuk mengilapkan beg tangan dan kasut yang
dibuat dari kulit. Caranya, dengan sapu Petroleum Jelly tipis-tipis ke
permukaan beg tangan dan kasut menggunakan kain yang lembut.
MENGECAT KUKU
Sebelum mengecat
kuku, sapukan Petroleum Jelly pada kulit di sekitarnya. Jika sapuan cat
terkena kulit, anda boleh menghapusnya dengan mudah. Selain itu,
Petroleum Jelly juga digunakan selepas anda mengecat kuku anda. Sapukan
Petroleum Jelly sekata di kuku agar cat kuku tidak mudah mengelupas.
MENGHAPUSKAN MAKE-UP
Petroleum
jelly boleh berfungsi sebagai make-up remover, caranya dengan
mengaplikasikannya ke wajah seperti ketika menggunakan make-up remover
lainnya. Petroleum jelly mengeluarkan sisa-sisa make-up dari wajah
dengan sekata, sekaligus melembutkan kulit.
MENCEGAH GATAL-GATAL
Jika kulit memerah dan gatal-gatal, sapukan Petroleum Jelly di tempat yang gatal.
BAU MINYAK WANGI TAHAN LAMA
Sebelum
menyembur minyak wangi di nadi tangan dan leher, sapukan Petroleum
Jelly dahulu baru semburkan minyak wangi. Bau minyak wangi anda akan
tahan lebih lama.
RAMBUT BERCABANG
Hujung rambut
memang mudah kering sehingga bercabang mencacatkan penampilan diri anda,
sapukan Petroleum Jelly pada hujung-hujung rambut yang bercabang agar
tidak kekeringan. Anda juga boleh melakukannya sebagai pencegahan
sebelum melakukan styling dengan suhu tinggi.
PANJANGKAN BULU MATA
Sebelum tidur
malam, ambil sedikit Petroleum Jelly dan sapukan pada bulu mata anda.*Sya baru beli vaseline semalam. Tak mahal pun. Sya beli RM3.90 jer. hehe. Info nie pun Sya amek dari SINI
4 comments:
emm...betul ke dpt hilangkan jerawat? kalo betul nak cube ni...^___^
hehe. tatau la sis. Sha pun tgah cuba. Sha nak cuba seminggu dulu. Kalau jadi Sha update entry yer :)
kita ada wat GA. Nak join x? ke sini ye :)
http://honeylalala.blogspot.com/2012/11/jom-join-giveawaykomen-oh-komen.html
thanks for the creadit... try la. yang pasti saya sudah try untuk panjangkan bulu mata... serius jadi panjang. alhamdulillah
Post a Comment