Penjagaan muka. ? Wanita. ? Memang tidak dapat dipisahkan lagi. Tetapi lelaki pun kena jaga muka jugak kan. Orang pasti tgok muka dulu kan. so,muka sangat-sangat lah penting ! Jom tengok tips yang boleh kita amalkan.
1. Petua mencerah menghalus dan melicin kan kulit
Pertama,ambil sebiji timun di buang kulit dan di ‘blend’kan. Selepas itu tapiskan hasil ‘blend’ tersebut dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 20 minit supaya ia dapat meresap ke dalam kulit. Seelok-eloknya dilakukan sebelum tidur. Kalau tanak sapu boleh juga ambil kapas muka tu. Lepas tu celup dalam air timun yang dah di 'blend'. Kalau macam banyak sangat air dekat kapas tu picit lah ckit bagi kurang air tu. Then,boleh letak dekat muka.
Antara cara lain ialah dengan menggunakan air nasi. Ambil air nasi yang ditanak sebelum ia kering sebanyak 2 sudu. Semasa ia masih suam lumurkan pada muka. Tunggu sehingga muka anda kering dan kemudian bilas. Nak guna air masa cuci beras pun boleh. Sambil-sambil cuci lumur jelar dekat muka tu. Bukan susah pun kan.
Atau anda boleh menggunakan kentang sebagai salah satu teknik untuk melicinkan muka anda. Ambil sebiji kentang yang telah dibuang kulitnya. Campurkan dengan kuning telur dan lumurkan pada muka anda. Tunggu sehingga kering kemudian bilas dengan air suam.
2. Tangani masalah jerawat
Ambil sebatang daun lidah buaya yang sudah dibersihkan. Rebuskan daun lidah buaya tersebut dengan menggunakan api yang kecil sahaja. Lendir dari daun tersebut dikeluarkan dan disapukan pada bahagian muka yang mempunyai jerawat. Lakukannya sebelum anda tidur.
Selain tu rajin-rajin la basuh muka tu. Elok nya guna lah pencuci muka yang sesuai dengan kulit muka korang oke. Tapi jangan lah basuh muka masa b'peluh. Nanti b'panau pulak kan susah mcam tu.
Guna lah masker seperti saya. hehe. Tapi jangan guna hari-hari pulak. Melampau lah tu kan. Seminggu sekali cukup lah. Tujuan guna masker ni nak kecilkan pori-pori dan mengurangkan jerawat halus yang ada dekat muka. Next post saya kongsi masker yang saya guna oke. tungguu :)
3. Kulit kering dan penyeri wajah
Ambil air embun bunga mawar. Sapukan pada muka dan sebaiknya berselawat. Ambil bunga tersebut dan ramas sehingga lumat. Letakkan pada muka anda dan tidak perlu dibilas.
4. Kurangkan parut jerawat
Jangan picit jerawat ! Kuku kita ni bukan bersih. Banyak kekotoran. Nanti kulit jadi bertambah teruk dan menyebabkan jerawat bertambah pada muka anda. Tahan lah nafsu korang dari memicit jerawat tu. Memang lah geram tengok jerawat kat muka tu. But,please jangan lah ok.
Anda juga boleh menggunakan tomato. Tomato tu ramas-ramas sikit. Agak2 macam dah hancur sapu je kat muka dalam 10-15 minit lepas tu basuh. InsyaAllah kurang parut dan pasti muka licin. hehe. Sebab saya pun pernah buat.
KLIK SINI
No comments:
Post a Comment