Isu  pengharaman pemakaian tudung di IPTA dan IPTS di Malaysia. Ahli-ahli  parlimen negara sudah mendapat kata sepakat bagi mengharamkan pemakaian  tudung bagi pelajar wanita di IPTA dan IPTS di Malaysia ini berikutan  dengan faktor-faktor kesihatan. Ini  kerana pelajar-pelajar wanita yang memakai tudung ini didapati kurang  mendapat prestasi yang agak cemerlang. Kenyataan ini juga disahkan oleh  pakar-pakar di hospital selayang yang membuat kajian terperinci  pemakaian tudung ini. Mereka berkata tudung ini akan menyebabkan  pengedaran udara yang kurang dan menyebabkan kepala yang melindungi otak  akan menjadi kurang segar dan akan menjadikan otak mereka tidak aktif  seperti pelajar-pelajar yang tidak memakai tudung. Jadi bagaimana isu  ini boleh berlaku topik ini sengaja ditulis dan hanya disiarkan kecil  sahaja di bahagian muka surat yang sekiranya tidak diteliti tidak akan  nampak.   Adakah kerajaan Malaysia takut akan hal ini. Yang dulu begitu  marah terhadap Singapura yang memberhentikan 2 orang murid perempuan  kerana memakai tudung ke sekolah. Ape susah jadi dengan isu ini diam  begitu sahaja. Sekarang ape sudah jadi paku dulang paku serpih mengata  orang dia yang lebih. Sekarang Malaysia sanggup mengHARAMkan pemakaian  tudung pihak JAKIM juga tidak dapat berbuat apa-apa dengan isu ini. Ini  kerana semuanya terletak di tangan menteri-menteri di Malaysia.Jadi  bagaimana seorang Imam boleh setuju tentang pengharaman pemakaian tudung  ini.  Bagi pihak Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).  International Islamic University Malaysia (IIUM) juga hanya menunggu dan  lihat sahaja apa yang akan terjadi. Universiti ini dahulu yang  mewajibkan setiap pelajar wanitanya memakai tudung apabila memasuki  kawasan universiti kini hanya mengambil endah tak endah sahaja mengapa  MALAYSIA sekarang ini. MALAYSIA yang dulunya dikenali kerana agama  rasminya adalah agama Islam. Kini boleh mengharamkan pemakaian tudung di  Malaysia yang kita semua sudah maklum sebagai seorang wanita Islam  wajib memakai tudung.  Isu ini sengaja tidak digembar-gemburkan agar  tidak mahu berlaku kekecohan ataupun apa-apa reformasi. Pihak media  massa seperti TV juga tidak mahu mengambil inisiatif bagi membetulkan  semua ini. Adakah Malaysia sudah lemah..   Pihak menteri juga sudah  mengeluarkan notis bagi pengharaman pemakaian tudung ini di semua IPTA  dan IPTS dan juga akan menghantar notis ini ke sekolah-sekolah. Pihak  menteri juga telah menyenaraikan beberapa jenis tudung yang haram  dipakai sewaktu berada di dalam sekolah ataupun kawasan kampus antara  jenis tudung yang tidak boleh dipakai ialah:-
  1)TUDUNG SAJI 
  2)TUDUNG PERIUK 
  3)TUDUNG TERMOS 
  4)TUDUNG CAT dan 
  5)berbagai-bagai jenis TUDUNG BOTOL yang selalu menjadi permainan murid sekolah masih di dalam pemerhatian.   
  jangan marah yeeee..Saya pun terkena jugak~
  credits to : SIS HUSNA  :)
2 comments:
K0 tau ta mcm bongong ;)
haha. leks ar. ak p0wn kne d0e :)
Post a Comment