Bentuk wajah panjang
Mereka
yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang
panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih
tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang.
Bagi
mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak
tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi
bahagian kening.
Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.

Bentuk wajah oval
Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung.
Jika anda penggemar selendang,anda bebas
memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik Cotton atau
Chiffon. Begitu juga dengan tudung yang berawning atau jenis Syria.
Bentuk wajah berpetak
Ciri-ciri
bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala
tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan
samar. Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung.
Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya.
Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya.
Elakkan
gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini
tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya
selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung
berawning juga sesuai dengan bentuk muka berpetak.
Kebanyakan pada kita tidak tahu bahawa Inner dapat membuat wajah kita
lebih tirus, bujur atau lebih kecil jika kita betul-betul pilih Inner
yang sesuai. Bukan semua inner tudung dapat memberi kedua-dua kesan
sekaligus iaitu untuk kelihatan bujur atau bulat/kecil.
1 comment:
thanks for the tips
Pengedar Shaklee Terbesar Di Kuching Dengan READY STOCK
Post a Comment