Kawaii Giveaway By Arina Azman


KLIK PADA BANNER

GRAND PRIZE FROM MY SHOP 
ANYTHING KPOP STUFF UNDER RM 30 by AH K-SHop
JOM JOIN ? :)

Pilihan Tudung Yang Sesuai Mengikut Bentuk Muka

Bentuk wajah panjang

Mereka yang mempunyai bentuk muka panjang ini dicirikan dengan dagu yang panjang. Bezanya adalah bentuk kening yang lonjong dan relatif lebih tinggi dengan jarak pelipis yang sama dengan jarak rahang. 

Bagi mengurangkan kedudukan kening yang tinggi, disarankan menggunakan anak tudung yang kedudukannya diletakkan ke bawah sedikit sehingga menutupi bahagian kening. 

Penggunaan anak tudung Syria bersama selendang adalah disarankan kerana ia dapat membantu menutup sedikit bahagian kening yang tinggi. Seperti mereka yang mempunyai bentuk muka bujur, semua jenis selendang sesuai digayakan.

Bentuk wajah oval

Wanita yang memiliki bentuk wajah bujur bebas memilih sebarang gaya tudung. 
Jika anda penggemar selendang,anda bebas memakai apa juga jenis selendang sama ada daripada fabrik Cotton atau Chiffon. Begitu juga dengan tudung yang berawning atau jenis Syria.
Bentuk wajah berpetak

Ciri-ciri bentuk muka berpetak adalah lebih lebar di antara pelipis manakala tulang rahang dapat dilihat dengan jelas namun bahagian dagu kelihatan samar. Dalam mengenakan tudung, pastikan tulang rahang dapat disembunyikan di sebalik tudung. 

Gunakan anak tudung supaya kesan bentuk wajah nampak memanjang. Jika ingin memakai selendang, perlu bijak menggayakannya. 

Elakkan gaya ikatan Bienda atau ikatan di belakang tengkuk kerana gaya ini tidak mampu menyembunyikan bahagian tulang rahang yang lebar. Pilih gaya selendang yang menjurus kepada lilitan dan menutupi rahang. Tudung berawning juga sesuai dengan bentuk muka berpetak. 

Kebanyakan pada kita tidak tahu bahawa Inner dapat membuat wajah kita lebih tirus, bujur atau lebih kecil jika kita betul-betul pilih Inner yang sesuai. Bukan semua inner tudung dapat memberi kedua-dua kesan sekaligus iaitu untuk kelihatan bujur atau bulat/kecil.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...