RESEPI : BUBUR PULUT HITAM



Bahan-Bahan:
2 cawan pulut hitam
5 cawan air
1/2 biji kelapa @ 1/2 kotak kecik santan
2 helai daun pandan
3/4 cawan gula putih
1/2 ketul gula melaka
garam secubit

Cara-cara :
1. Rebus pulut hitam dengan air + daun pandan sehingga pulut hitam kembang.
2. Masukkan garam + gula putih + gula melaka + santan.
3. Kacau la sehingga masak.
**Kalau kurang manis blh tambah gula. Sesuaikan rasa ikut tekak anda
**Nak bagi pulut hitam cepat kembang. Sebelum masak rendamkan pulut semalam atau 3 - 4 jam sebelum masak. Supaya proses masak tak lama sb pulut dah kembang.



RESEPI : PERAPAN AYAM BAKAR



Hari ini nak share cara buat perapan ayam

BAHAN-BAHAN : 
 Peha ayam (bahagian apa pun blh)
 5 biji bawang besar 
 1 labu bawang putih
 Halia 
 Cili kisar dalam 3 4 sudu
 Sos bbq ( saya guna brand Heinz)
 3/4 sudu lada hitam
 2 kiub pati ayam
 Garam secukup rasa
 Serbuk kunyit 1 sudu kecil

Image may contain: dessert and food

Image may contain: food
 

CARA-CARA :
1. Bersihkan ayam
2. Blend bawang besar + bawang putih + halia
3. Campurkan bawang blend + sos bbq + cilir kisar + lada hitam + kiub ayam + garam + serbuk kunyit
4. Gaulkan bersama ayam
5. Perap beberapa jam @ semalaman


** Ini bahan utk 40-50 ketul peha ayam
** Lagi lama perap lagi sedap
Selamat mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...